Friday, December 7

Sifir 4G

Nak tahu bagaimana menghafal sifir sepantas kelajuan 4G?

Mudah saja......

A. Lihat sifir dua berikut:

1x2 = 2, ia juga sama dengan 2x1 = 2
2x2 = 4
3x2 = 2x3 = 6
4x2 = 2x4 = 8
...
...
...
...
...
10x2 = 2x10 = 20.( Isikan tempat kosong dengan nombor mengikut urutan  ye....)

Teruskan dengan sifir tiga.

1x3 = 3x1 = 3
3x3 = 9 ( 2x3 dan 3x2 tidak perlu kerana sudah dihafal di sifir dua!)
4x3 = 3x4 = 12
5x3 = 3x5 = 15
6x3 = 3x6 = 18
...
...
...
10 x 3 = 3 x 10 = 30 ( Jangan lupa lengkapkan tempat kosong!)

Teruskan dengan sifir empat, lima, enam, tujuh, lapan dan sembilan....

PERINGATAN : Sifir yang telah ditulis dan dihafal tidak perlu diulang lagi.

Hasilnya pada sifir sepuluh, hanya ini perlu dihafal....
1x10 = 10x1 = 10
10x10 = 100, betul tak?

Jangan lupa.... sebarang nombor didarab dengan sifar akan menghasilkan sifar sebagai hasil darab. 



1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.